Tahap Kekerabatan Dialek Melayu Sambas dengan Dialek Melayu Sarawak: Sebuah Penelitian Linguistik Historis Komparatif

Authors

  • DAYANG FATIN AMIRA ABANG IBRAHIM

Keywords:

linguistik historis komparatif, kekerabatan bahasa, leksikostatistik, glotokronologi, Melayu Sarawak, Melayu Sambas

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk memperlihatkan hubungan kekeluargaan antara dialek Melayu Sambas di Indonesia dengan dialek Melayu Sarawak di Malaysia. Penelitian ini berobjektifkan dua perkara, iaitu memperlihatkan perbandingan leksikal yang berkognat antara dialek Melayu Sarawak dan dialek Melayu Sambas dan (2) menganalisis tahap kekerabatan serta abad pisah atau lama waktu antara kedua-dua dialek. Penelitian ini menggunakan reka bentuk penelitian deskriptif kuantitatif dengan mengemukakan 200 kosa kata untuk memastikan peratusan berkognat antara dialek. Penganalisisan data dilakukan dengan menerapkan teknik leksikostatistik dan teknik glotokronologi bagi menentukan waktu pisah dan tingkat kekerabatan kedua-dua dialek. Penelitian ini telah mengenal pasti bahawa kedua-dua dialek memiliki peratusan kekerabatan yang tinggi yakni memiliki hubungan kekerabatan yang agak rapat antara satu sama lain.

Downloads

Published

01-01-2024