Hikayat Panglima Nikosa (1876):

Cerapan Masa Kini dan Cerminan Masa Depan

Authors

  • NORDI ACHIE

Abstract

Kertas ini berbeza daripada makalah penulis yang telah diterbitkan dalam Hikayat Panglima Nikosa: Menelusuri Gagasan dan Pemikiran Ahmad Shawal Abdul Hamid (suntingan Mary Fatimah Haji Subet, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2022). Terpateri dalam buku suntingan di atas, penulis mencerakin makalah bertajuk, “Dunia Melayu dalam Kebobrokan Zaman Penjajahan Barat: Menelusuri Gagasan dan Falsafah Ahmad Shawal Abdul Hamid Menerusi Hikayat Panglima Nikosa”. Meskipun terdapat kelainan dalam pelbagai aspek, namun kertas mutakhir ini masih merupakan kesinambungan terhadap wacana ilmiah terdahulu. Sejujurnya, amat sukar bagi penulis untuk menuntaskan kertas ini, khasnya dalam penerokaan persoalan baharu yang bertautan dengan isu-isu semasa glokal dan global. Mengapa? Pertama, Hikayat Panglima Nikosa (HPN) tidaklah setebal hikayat-hikayat klasik Melayu yang tersohor, seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Siak dan sebagainya. Kedua, kajian berwibawa mengenai HPN telah banyak diprakarsakan dan kompilasi terkininya baru sahaja diterbitkan pada 2022. Sedaya mungkin, bersempena dengan kolokium bersejarah ini, penulis tidak akan mengulangi analisis struktural yang telah diwacanakan dalam Hikayat Panglima Nikosa: Menelusuri Gagasan dan Pemikiran Ahmad Shawal Abdul Hamid (2022).

Downloads

Published

01-01-2024