Jejak Negeri Melayu Awal Yang Hilang, Tanjung Datu Pusaka Datu Marapati
Satu Tinjauan Awal Pensejarahan di Tanjung Datu Sarawak, Antara Realiti dan Ilusi
Abstract
Artikel ini akan memaparkan dapatan penyelidikan dalam tinjauan awal sejarah negeri Melayu awal di Sarawak khususnya Negeri Santubong dengan kombinasi rujuk silang diantara sumber bertulis dengan hasil kajian lapangan di lokasi sebenar. Kerajaan Melayu Santubong merupakan sebuah kerajaan Melayu awal yang bermula sejak awal abad pertama masihi. Raja yang memerintah awal Negeri Satubong adalah Datu Marapati yang turut menyatakan dalam catatan manuskrip Melayu Jawi dengan istilah berbuat “Negeri”. Kewujudan Negeri Santubong turut melibatkan beberapa tempat yang pernah dikuasai oleh pemerintahan Datu Marapati seperti di Tanjung Datu. Kesemua pensejarahan ini tercatat dengan teliti dalam sumber bertulis yang menjelaskan tradisi ketamadunan iaitu skriptorium. Catatan bertulis ini digarap menjadi sumber primer yang dibuktikan dengan kewujudan fakta seperti di dalam manuskrip Syair Datu Marapati, Hikayat Datu Marapati dan Kisah Datu Marapati. Data di lapangan menjadi pengukuhan kepada semua sumber ini dengan penemuan bukti artifak, Kebudayaan megalitik dan kewujudan sebenar di atas muka bumi serta kedudukan geografi Alam semula jadi. Bukan sahaja membuktikan tempat tersebut malah menyokong kewujudan ketokohan Datu Marapati sebagai manusia yang benar-benar hidup di zaman tersebut bukan lagenda, mitos dan menolak dakwaan Datu Marapati hanyalah sastera rakyat atau cerita rakyat di Sarawak.