Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa Masyarakat Sarawak

Authors

  • IRFAN NASRULLAH JAFLI

Keywords:

Peribahasa, Semantik Inkuisitif, Masyarakat, Sarawak

Abstract

Peribahasa menunjukkan kepintaran dan kebijaksanaan pemikiran akal budi masyarakat sesuatu tempat dalam mengungkapkan atau melambangkan sesuatu perkara kepada peribahasa, perumpamaan, bidalan dan sebagainya. Peribahasa juga menunjukkan imaginasi dan kreativi sesuatu masyarakat dalam menggunakan unsur-unsur yang berada di sekitarsama ada hidup atau tak hidup untuk dijadikan lambang kepada sesuatu mesej yang hendak disampaikan secara tersirat iaitu melalui pengungkapan peribahasa dan sebagainya. Unsur- unsur yang membentuk peribahasa ini dipilih berdasarkan pemerhatian atau tindak balas masyarakat terhadap sesuatu perkara yang boleh dikaitkan sama ada ia berbentuk pesanan, teguran, sindiran dan banyak lagi. Penggunaan unsur atau lambang ini, ada kalanya lari daripada makna asal yang hendak diterangkan kerana ingin menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk yang tersirat. Oleh sebab itulah wujudnya kajian berkaitan dengan semantik ini yang mengkaji berkaitan dengan makna. Dalam semantik juga mempunyai jenis-jenis yang berbeza seperti semantik leksikal dan semantik inkuisitif. Malah dalam kajian semantik itu sendiri pun mempunyai tahap-tahap yang berbeza. Dalam kajian yang dilakukan ini pengkaji memilih untuk
membuat kajian tentang semantik inkuisitif yang terdapat dalam peribahasa yang digunakan oleh masyarakat di negeri Sarawak. Sarawak secara umumnya merupakan negeri yang paling besar di Malaysia dan juga mempunyai pelbagai suku dan kaum.
Antara yang dominan di Sarawak adalah seperti masyarakat Melayu Sarawak, Iban, Melanau dan banyak lagi. Setiap bangsa ini juga mempunyai bahasa atau dialek tuturan mereka sendiri, malah juga mempunyai unsur-unsur sastera seperti ungkapan peribahasa dan banyak lagi. Kepelbagaian ini juga, membawa kepada makna yang juga turut berbeza mengikut dialek- dialek yang digunakan dan diungkapkan. Oleh itu, kajian semantik inkuisitif ini mampuuntuk menghuraikan dan menerangkan dengan lebih lanjut penggunaan unsur atau kata yang digunakan dalam perlambangan sesebuah peribahasa yang diungkapkan oleh masyarakat- masyarakat di Sarawak.

Downloads

Published

01-01-2023