Keunikan Budaya Mukun Melayu Sarawak

Authors

  • NURUL HAIFA HUSNA ABD AZIZ
  • NURAZAN AINULYAKIN JUBLI

Abstract

Budaya mukun di Sarawak dikhuatiri akan pupus dalam masa akan datang khususnya dalam golongan belia. Perkara ini membimbangkan kerana golongan ini lebih terbuka untuk menerima budaya luar. Isu ini pernah diperkatakan beberapa tahun lepas apabila Umar Tumik yang merupakan Ketua Kumpulan Warisan Wawasan menyatakan kerisauannya apabila melihat budaya bermukun semakin tenggelam kerana generasi Z lebih memilih hiburan moden berbanding warisan yang merupakan identiti kepada negeri Sarawak (Nasri, 2015). Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DPD) telah
menganjurkan aktiviti khas iaitu Bengkel Mukun bersama golongan belia. Anjuran aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan tentang budaya mukun kepada masyarakat terutama sekali generasi muda dalam membantu untuk memulihara budaya ini (Lim, 2022).

Downloads

Published

01-01-2023