Nilai Murni dalam Lagu Rakyat Melayu Sarawak:
Puteri Santubong
Keywords:
lirik lagu, lagu rakyat, nilai murniAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis setiap lirik lagu yang terkandung dalam lagu rakyat Melayu Sarawak, iaitu lagu Puteri Santubong ciptaan Madzhi Johari, anak kelahiran Sri Aman. Analisis dibuat dengan melihat nilai murni yang terkandung dalamnya. Pengkaji telah menganalisis setiap lirik lagu berpandukan terjemahan yang telah dijalankan oleh Muhammad Zaid Daud dan Mary Fatimah Subet dalam kajian yang bertajuk Naratif Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang Mempertalikan Politik Tempatan: Analisis Pragmatik. Hasil penelitian menunjukkan bahawa terdapat dua nilai murni yang terkandung dalam lagu tersebut. Nilai-nilai murni yang terkandung dalam lagu rakyat ini diselitkan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan nasihat kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan yang telah terjadi.