Falsafah Dan Nilai Dalam Pantun Melayu Sarawak

Authors

  • DAYANG FATIN AMIRA ABANG IBRAHIM

Keywords:

Falsafah, nilai, pantun, Melayu, Melayu Sarawak

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk memaparkan falsafah pemikiran dan konsep nilai yang terkandung dalam pantun Melayu Sarawak. Beberapa rangkap pantun Melayu Sarawak yang akan diketengahkan dalam makalah ini merupakan koleksi simpanan peribadi dan koleksi Pantun Tanda Kasih atau Pantun 50 Tahun Sarawak Merdeka dalam buku Pantun Sarawak: Tanda Kasih Kesetiaan Sejati. Tiga nilai utama yang dipilih untuk dibahaskan dalam makalah ini ialah nilai keagamaan, nilai patriotisme, dan nilai budi. Ketiga-tiga nilai ini dipilih berdasarkan tema agama, negara, dan masyarakat.

Downloads

Published

01-01-2023