Persepsi Masyarakat Berkaitan Tahap Kepuasan Masyarakat berkaitan Industri Pelancongan di Bandaraya Kuching, Sarawak
Keywords:
Pelancongan, Persepsi, Masyarakat, Covid-19, Bandaraya Kuching, Sosial, Tahap KepuasanAbstract
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang kukuh bagi membuktikan potensi, aktiviti sosial dan tahap kepuasan masyarakat berkaitan dengan industri pelancongan. Kajian ini juga dapat membuktikan bahawa berlaku perubahan atau persepsi masyarakat terhadap industri pelancongan sebelum dan selepas pandemik Seperti yang di sedia maklum, pandemic Covid-19 telah mengehadkan pergerakan masyarakat untuk terus hidup secara normal. Oleh itu, pengkaji membuat kajian dan menganalisa kajian ini untuk mengenalpasti populasi masyarakat terhadap isu tersebut. Pengkaji mendapatkan maklum balas daripada 220 orang responden serta menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 26 untuk memudahkan pembacaan data yang telah dikumpul. Bagi kesimpulan data pengkaji mendapati sektor pelancongan bergantung kepada pandangan masyarakat dalam memperbaiki kualiti pengurusan khususnyadalam mempromosikan Industri Pelancongan di Bandaraya Kuching secara lebih meluas.