Ulasan Buku
Abstract
Naskhah Nostalgia Sri Tarina, Seleksi Tandak Melayu Sarawak yang dikarang oleh Zamudin bin Mat atau Mahmud setebal 130 halaman mengandungi 5 bab yang fokus utama penulisannya berkisarkan kepada sejarah Sri Tarina sebagai kumpulan penggiat seni di Sarawak dan memaparkan kesenian tarian Melayu di Sarawak yang dikenali sebagai istilah “Tandak” dalam Bahasa Melayu Sarawak. Sri Tarina telah mengimbau Kembali pengasasan dalam memaparkan sejarah awal yang menjadi tanda kenangan masa bahawa kewujudan Sri Tarina sangat penting kepada aktivis budaya dan seni di Kuching Sarawak. Penulis telah mencatatkan tarikh kewujudan Sri Tarina telah ditubuhkan pada 28 April 1968.