Dua Bahasa Dua Budaya:
Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin
Abstract
Dalam pengungkapan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan (atau kata) warna yang mencerminkan warisan budaya dan nuansa emosi yang tersirat dalam kedua-dua bahasa tersebut. Warna ialah objek yang wujud secara objektif, tetapi meskipun sama warnanya, maknanya juga boleh berubah disebabkan oleh perubahan sejarah, geografi dan tradisi yang berbeza. Oleh sebab itu, penggunaan dan konotasi pelbagai perkataan warna dalam bahasa juga berbeza. Penulis akan menggunakan perkataan warna dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu sebagai contoh, untuk membincangkan penggunaan dan konotasi warna putih, hitam, merah, kuning dan hijau dalam kedua-dua bahasa tersebut, serta meninjau ciri-ciri semantik dalam perkataan warna dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu, termasuklah dari dimensi kebudayaan dan emosi.