Institusi Pendidikan dan Kekeluargaan Islam:

Cabaran Terhadap Peranan Bapa

Authors

  • Siti Halimah Putung

Abstract

Memberikan pendidikan dan bimbingan terbaik merupakan peranan penting setiap bapa dalam keluarga. Bapa yang melaksanakan pertanggungjawabannya secara makruf dapat membina keperibadian anak-anak yang berlunaskan jati diri keagamaan. Fungsi konstruktif pendidikan dalam keluarga selalu dikaitkan dengan peranan ibu berbanding bapa, meskipun bapa merupakan pemimpin utama dalam keluarga. Bapalah yang memegang teraju kepemimpinan terpenting demi memastikan anak-anak dan isterinya terdidik dengan nilai Islam sekaligus terhindar daripada kemungkaran, kemaksiatan, kefasiqan dan kefasadan. Al-Quran sendiri memotretkan watak kebapaan yang sangat vitalistik dalam pendidikan anaknya, semisal Luqman al-Hakim, Nabi Ayub (as) dan Nabi Ibrahim (as). Sehubungan itu, penulis akan mencaknai pelbagai amalan kritalistik yang harus dipraktikkan bapa untuk mendidik anak salih dan salihah, dengan berpasakkan wejangan Islam dalam ranah kehidupan seharian. Andai bapa tersilap didikan, belum tentu anak-anak hidup sebagai manusia, kendatipun mereka dilahirkan sebagai manusia.

Downloads

Published

01-01-2024