Keunikan Citra Kulinari Nusantara dan Amerika:

Kajian Komparatif Terhadap Etnik Dusun (Sabah) dan Maya (Yucatan)

Authors

  • Haryantie Gopoit

Abstract

Sabah, sebagai Negeri Di Bawah Bayu yang kaya dengan keindahan budaya dan kepermaian alam, juga terkenal dengan keunikan gastronomi etnik yang rencam. Di sisi lain, Yucatan, dengan sejarahnya yang tersendiri dan keberagaman etnik Maya, turut menampilkan warisan kulinari yang unik dari Mexico. Menerusi wacana ini, penulis akan mencerakin keunikan seni kulinari etnik Dusun di Sabah dan etnik Maya di Mexico, di samping menggarap dimensi perbandingan antara dwikulinari tersebut, sebagai mewakili tradisi dan legasi daripada dua rumpun bangsa dan rajutan benua yang berbeza. Etnik Dusun mewakili kesohoran puterabumi peradaban maritim di Nusantara, manakala etnik Maya merupakan peribumi peradaban agraria di
Amerika.

Downloads

Published

01-01-2024