Sejarah Pemilikan dan Pewarisan Sarang Burung di Sabah:
Tradisi dan Tribulasi
Abstract
Generasi perintis merupakan pencetus adat dan pembina budaya yang awal. Mereka berhijrah ke tempat tertentu untuk membentuk cara hidup mereka sendiri dan kemudiannya membentuk undang-undang, peraturan atau adat eksklusif. Keseluruhan amalan ini terus hidup seiring dengan pelbagai perubahan suasana dan tempat (Abdullah Alwi Hassan, 1997). Terdapat pelbagai adat pewarisan yang diamalkan di negara-negara Islam. Contohnya di Morocco, terdapat adat pewarisan yang mementingkan golongan lelaki daripada wanita untuk mempusakai harta (Othman Ishak, 1979), seperti yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah. Begitu juga di Sudan. Adat pewarisannya mengikut kabilah yang terdapat di negara tersebut, seperti kabilah Kababish dan Beja. Bagaimanapun, secara keseluruhannya adat yang diamalkan oleh kabilah-kabilah tersebut hanya memberikan hak mempusakai kepada golongan lelaki (Trimingham, 1949).