Bangsa Yahudi, Zionisme dan Anarkisme Politik:
Sejarah, Isu dan Persoalan
Abstract
Mutakhir ini (2023-2024), negara haram Israel telah membunuh lebih 30 ribu rakyat Palestin di Gaza. Seluruh prasarana di Gaza telah hancur-luluh. Inilah kezaliman yang paling zalim pada abad ke-21. Siapakah bangsa Yahudi yang merupakan akar-makar negara haram Israel? Bangsa Yahudi hidup bertaburan di muka bumi: di Eropah, Timur Tengah, Amerika, Afrika, Rusia dan Asia. Ini memunculkan mancaistilah Yahudi-Eropah, Yahudi-Arab, Yahudi-Rusia dan Yahudi-Amerika. Sungguhpun entiti Yahudi-Asia jarang sekali didengar, ini tidaklah bermakna tidak adanya entiti Yahudi di Asia. Di utara Semenanjung (Malaysia), belum menjadi pengetahuan umum tentang keberadaan kubur Yahudi di sana. Keberadaan pelbagai entiti bangsa Yahudi yang berserakkan di seluruh dunia, menjadi lebih menarik perhatian umum, lantaran mereka merupakan bangsa yang menguasai pengoperasionalisasian ekonomi antarabangsa dan menjadi aktor politik penting di belakang kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan Rusia. Tidak terkecuali PBB, syarikat perubatan, persenjataan dan teknologi media suprakaya global. Walaupun sudah mendirikan negara haram Israel di tanah air Palestin sejak 1947, namun bukanlah semua bangsa Yahudi yang tinggal di merata-rata negara ingin menjadi rakyat negara haram Israel. Kesemuanya ini merupakan fakta penting yang perlu ditelaah untuk pengetahuan umum, meskipun tulisan ini masih belum memadai untuk membongkarnya sehingga ke akar umbi. Mungkinkah ada motif di sebalik tindakan licik dan lincah mereka ini? Justeru, siapakah sebenarnya bangsa Yahudi – apatah lagi sebagai bangsa manusia yang telah dicelahinakan oleh Al-Quran?