Konsep Makanan Halal dan Amalan Pemakanan Halal:
Cabaran Generasi Milenial
Abstract
Makanan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, bukan sahaja sebagai sumber tenaga, malah sebagai elemen yang mempengaruhi kesihatan fizikal dan rohani. Islam menekankan kepentingan pemakanan seimbang yang bukan sahaja perlu menitikberatkan nutrisi dalam makanan, bahkan ia turut mementingkan keperluan rohani, seperti aspek spiritual melalui pengamalan konsep halalan tayyiban (Siti Norlina Muhamad et. al, 2019). Oleh itu, setiap Muslim seharusnya memastikan makanan yang mereka pilih dan ambil bukan sahaja halal, malah mengamalkan konsep tayyib yang menjadi umbi pembentukan kehidupan seimbang dan makruf dalam Islam. Penulis akan menerokai signifikasi makanan halal dalam membentuk kesejahteraan hidup pengguna Muslim, khususnya generasi milenial.