Unduk Ngadau:

Sejarah, Falsafah dan Tradisi

Authors

  • Florina Jumil

Abstract

Unduk Ngadau merupakan antara simbol keramat dalam lagenda budaya dan adat resam masyarakat Kadazandusun. Pengiktirafan suci ini diamanahkan kepada wanita yang dipilih dalam kalangan masyarakat Kadazandusun sewaktu pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan setiap tahun pada bulan Mei seketika berlangsungnya Pesta Kaamatan (Pesta Menuai). Gelaran Unduk Ngadau merupakan gelaran warisan yang menjunjung kesucian pengorbanan Huminodun sebagai lagenda etnik ini suatu ketika dahulu. Justeru, wacana ini merupakan pencerakinan awal terhadap pentafsiran mitos dan nilai watak Huminodun yang menjadi sumber suci kepada gelaran Unduk Ngadau. Dalam konteks ini, teori semiotik Ferdinand De Saussure dijadikan sebagai landasan utama, manakala teori pendekatan moral M. Atar Semi disisipkan sebagai teori sokongan. Terdapat pelbagai nilai luhur dalam watak Huminodun yang seharusnya diselami oleh para peserta Unduk Ngadau dan sewajarnya dipertahankan oleh masyarakat Kadazandusun sebagai legasi kebudayaan unik yang sentiasa dan terus hidup sepanjang zaman. Implikasinya, peninjauan awal ini akan menjadi katalis semangat dan kesedaran dalam kalangan wanita Kadazandusun untuk memahami dan mengarifi keunggulan mahkota Unduk Ngadau sekali gus menyemarakkan korpus kajian sosiobudaya Kadazandusun yang belum terungkai keunikannya.

Downloads

Published

01-01-2024