Penggunaan Teori Motivasi dalam Pembangunan Nilai Kerja Budaya Masyarakat Melayu

Authors

  • Latif H. A
  • Abdul Malek S. A

Keywords:

Motivasi, Teori Maslow, Masyarakat Melayu

Abstract

Teori motivasi memainkan peranan penting dalam pemahaman elemen dan faktor yang mendorong prestasi individu mencapai matlamatnya sekali gus menjadi pemangkin ke arah pembangunan organisasi dan budaya positif masyarakat. Salah satu teori yang paling terkenal dan sering digunakan dalam konteks pengurusan ialah Teori Hierarki Keperluan Maslow, diperkenalkan oleh Abraham Maslow pada tahun 1943. Teori ini menggariskan bahawa manusia mempunyai keperluan yang berhierarki, dari keperluan asas hingga ke keperluan kendiri. Penggunaan teori ini dalam konteks pengurusan dan organisasi sejak awal revolusi industri menunjukkan tahap relevan yang berterusan dalam memahami tingkah laku manusia dan pendorong motivasi di tempat kerja. Maka, amat penting untuk kita memahami konsep motivasi berhierarki ini dalam mengkaji keberkesanan pengurusan kita untuk membangunkan organisasi dan membentuk budaya kerja yang lebih baik dalam masyarakat kita hari ini. Dalam artikel ini, kita akan meneliti perkaitan hubungan antara Teori Maslow dengan budaya Melayu dalam konteks pembangunan organisasi dan masyarakat. Dengan memahami teori ini, para pemimpin organisasi dan masyarakat dapat mengendalikan keperluan, emosi dan motivasi pekerja dengan lebih berkesan sekali gus meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan organisasi untuk jangka panjang.

Downloads

Published

30-06-2025