Pementasan Teater Bangsawan di Malaysia

Satu Tinjauan Awal Terhadap Analisis Kepentingan Extra-turn

Authors

  • DAYANG NUR FAQIHAH AWANG SAMSURI

Keywords:

Kepentingan Extra-turn, Teater Bangsawan, Persembahan Selingan

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada kepentingan persembahan extra-turn dalam pementasan teater bangsawan dengan mengenal pasti bentuk-bentuk persembahan serta menganalisis kepentingan dan menghuraikan peranannya. Persembahan extra-turn merupakan acara selingan antara babak dalam pementasan Bangsawan sebuah teater tradisional Malaysia. Pelbagai bentuk persembahan seperti tarian, lawak jenaka, nyanyian, silat dan sebagainya ditonjolkan termasuklah persembahan moden dan terkini. Kepentingannya adalah untuk memberi ruang bagi persembahan Bangsawan membuat perubahan set untuk babak seterusnya. Extra-turn dipersembahkan di hadapan tirai panggung. Persembahan extra-turn mencerminkan identiti teater bangsawan yang berbeza daripada teater tradisional dan moden yang lain. Kajian ini meneliti dan membincangkan kepentingan extra-turn dalam menjadi nadi dan identiti teater Bangsawan justeru akan menggunakan Teori Persembahan oleh Richard Schechner (1988) dan Alienation oleh Bertold Brecht (1898). Teori Persembahan menjelaskan perubahan faktor persekitaran mempengaruhi sesebuah persembahan turut berubah yang mana menampilkan bentuk persembahan terkini. Teori Alienation, iaitu V-effect kesan pengasingan atau menjauhkan penonton daripada turut beremosi ketika menyaksikan pementasan. Hasil kajian ini mendapati bahawa extra-turn menampilkan bentuk persembahan yang tidak terikat dengan persembahan tradisional kerana menampilkan bentuk persembahan terkini. Persembahan extra-turn menjurus peredaran zaman. Extra-turn merupakan keterasingan dalam pementasan Bangsawan disebabkan persembahannya merupakan hiburan yang tidak berkaitan dengan cerita dipersembahkan. Oleh itu, populariti dalam teater bangsawan dinilai berdasarkan lakonan dan pelakuan mereka dalam persembahan extra-turn yang menjadi sambutan hangat penonton.

Downloads

Published

28-11-2021