Teori Evolusi Darwin

Wacana Diskursif dan Analisis Konstruktif

Authors

  • Mahirah Masdin

Abstract

On the Origin of Species, buku vitalistik yang telah ditulis oleh Charles Darwin (terbit 1859), hasil daripada pengembaraan pelayarannya bersama HMS Beagle pada tahun 1831-1836. Buku tersebut bukanlah menceritakan mengenai pengalamannya sepanjang pelayaran, namun menceritakan hasil pemerhatian yang dijalankan sepanjang tempoh pelayaran iaitu mengenai perkembangan spesis (termasuklah manusia) yang berproses dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut kesesuaian persekitaran tempat spesis tersebut berkembang. Sebelum penulis mengupas tajuk ini dengan lebih lanjut, perlu disedari, di sebalik keunggulan sains, bidang ini juga amat terdedah kepada manipulasi licik dan eksploitasi lihai. Sebagai manusia biasa, saintis Barat tetaplah manusia biasa. Justeru, menganggap mereka sangat profesional dan paling objektif dalam arena akademik tidaklah dapat diterima akal sihat.

Downloads

Published

30-06-2025