Hikayat Panglima Nikosa

Novel Melayu Pertama Berpemikiran Futuristik

Authors

  • DR. ABANG PATDELI ABANG MUHI

Keywords:

Panglima Nikosa, Novel, Pemikiran Futuristik, Kepimpinan

Abstract

Genre novel merupakan genre yang cukup istimewa dalam kesusasteraan Melayu kerana novel menyirat imej-imej manusia dan kemanusiaan yang beraneka ragam lewat watak dan perwatakan yang dipaparkan, selain sarat dengan pelbagai pemikiran. Dunia novel sama juga seperti karya-karya prosa yang lain, didiami oleh watak-watak yang hidup, berfikir, bertindak, berinteraksi, bahkan beremosi sama ada sebagai individu tersendiri atau sebagai sebahagian daripada kelompok masyarakat lingkungannya. Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Ketika Perang Sebelum Mendapat Kesenangan ialah novel Melayu pertama yang berpemikiran futuristik. Pemikiran futuristik ini dapat dikesan daripada kebolehan Panglima Nikosa menjangkakan keadaan dan peristiwa yang akan berlaku ke atas dirinya, masyarakatnya serta negerinya.

Downloads

Published

07-01-2024