HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA

PENEGUHAN AKHLAK DAN KEPATUHAN TERHADAP TATANAN ILAHI

Authors

  • Santrol Abdullah
  • Nur Bakri Abd Hamid

Keywords:

Hikayat Panglima Nikosa, tatanan Ilahi, kepimpinan, nilai Melayu, pembentukan watak, dimensi kesabaran, pendidikan, kesantunan bahasa, kecerdasan linguistik

Abstract

Hikayat Panglima Nikosa (HPN) merupakan novel Melayu terawal yang dicetak secara litografi pada tahun 1876 di Kuching oleh Ahmad Shawal Abdul Hamid. Walaupun dinamakan “hikayat”, teks ini menampilkan dunia penceritaan yang realistik, serta berpusat pada pembinaan negeri, kepimpinan dan kemajuan sosioekonomi masyarakat. Makalah ini meneliti HPN sebagai teks yang meneguhkan akhlak dan kepatuhan terhadap tatanan Ilahi melalui empat fokus utama perbincangan iaitu nilai keagamaan, pembentukan watak, dimensi kesabaran dan pendidikan moral. Perbincangan awal dimulakan dengan pembinaan kerangka konsep akhlak dan tatanan Ilahi berdasarkan dua kerangka pendekatan iaitu Pengkaedahan Melayu Hasyim Awang (1988) serta kerangka tradisi pemikiran Islam oleh seperti Ibn Manzur (1990), al-Faruqi (2000), Tenas Effendy (2000) dan Zuraidah Abdullah et al. (2012), Analisis berdasarkan petikan terpilih HPN yang menonjolkan hubungan antara manusia dan Tuhan, prinsip usaha dan rezeki, ciri kepimpinan Panglima Nikosa, dan pembinaan masyarakat. Kesimpulanya HPN merupakan sebuah teks yang mengangkat pemikiran sosial yang mendahului zamannya serta merupakan karya yang berlandaskan kepada kerangka tradisi pemikiran Islam dan nilai Melayu.

Downloads

Published

31-12-2025