SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PERJUANGAN UMNO KELANTAN DALAM KELANGSUNGAN POLITIK MALAYSIA 11 MEI 1946 HINGGA 11 MEI 2020
Abstract
Dimensi kajian ini secara sepintas lalu akan menyentuh sejarah perkembangan dan perjuangan UMNO Kelantan selama hampir 77 tahun tempohnya. Bermulanya kajian ini pada era penubuhan parti tersebut daripada 11 Mei 1946 serta berakhir pada 11 Mei 2020. Turut disentuh dalam kajian ini ialah sejarah perkembangan dan perjuangan UMNO Kelantan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 10 Mei 2018, apabila pengkaji secara khusus telah mendedahkan fakta-fakta tentang punca-punca kekalahan, permasalahan, kelemahan, serta kegagalan, parti tersebut untuk menubuhkan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim,2 meskipun mempunyai ”advantange” atau jendela peluang yang sangat terbuka serta seimbang untuk menawan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia tersebut. Hal ini berdasarkan pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Islam SeMalaysia (PAS), serta Pakatan Harapan.
