PANGLIMA SADAM WIRA SARAWAK YANG TIDAK DIDENDANGKAN

Authors

  • Roslan Ali
  • Zuraini Seruji
  • Monaliza Sarbini
  • Minah Mohammed Salleh
  • Mohamad Shazani Dewek

Keywords:

Sarawak, Panglima Sadam, James Brooke, Datuk Panglima, Lanun

Abstract

Makalah ini membincangkan sosok seorang pejuang Melayu Sarawak yang tidak pernah didendangkan akan kisah perjuangannya dalam sejarah negeri Sarawak. Kajian ini memanfaatkan hasil temu bual sepenuhnya secara tidak berstruktur melalui analisis kandungan. Menerusi penulisan ini, penulis mengetengahkan kisah perjuangan Panglima Sadam menggunakan kelincahan dan ilmu kepahlawanannya membantu James Brooke memperjuangkan tanah Sarawak. Beliau bergiat aktif dalam menghancurluluhkan semangat juang pahlawan-pahlawan dari suku kaum Dayak Laut pada abad ke-19 di sekitar kawasan Kuching, Samarahan, Sadong dan Bau. Keperwiraan beliau ini amatlah terserlah pada zaman pemerintahan James Brooke yang memangku posisi sebagai Rajah Putih Sarawak I dan Panglima Sadam dilantik sebagai Datuk Panglima. Penulis menceritakan khidmat bakti Panglima Sadam bersama dengan Panglima Bujang dan Panglima Seman dalam usaha membanteras kegiatan lanun dan perhambaan sekitar 183 tahun yang lampau.

Downloads

Published

30-06-2026