KEARIFAN TEMPATAN DALAM CERITA RAKYAT SUKU KAUM KAYAN

Authors

  • Sara Beden

Keywords:

Kearifan Tempatan, Budaya Kolektif, Keajaiban, Nilai Positif, Kepercayaan

Abstract

Kajian ini membincangkan kearifan tempatan dalam cerita rakyat suku kaum Kayan sebagai warisan budaya yang sarat dengan nilai moral, sosial dan spiritual. Suku kaum Kayan yang mendiami kawasan pedalaman Kalimantan dan Sarawak memiliki tradisi lisan yang berfungsi sebagai medium pendidikan tidak formal yang membentuk jati diri dan menyemai rasa hormat terhadap alam dan roh nenek moyang. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kearifan tempatan yang terkandung dalam sembilan buah cerita rakyat suku kaum Kayan dalam buku Kumpulan Cerita Rakyat Suku Kayan Avun Batang Hagang Kayo (2022) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menggunakan kerangka kearifan tempatan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa cerita rakyat suku kaum Kayan sarat dengan unsur keanehan dan keajaiban yang mencitrakan supernatural makhluk, budaya kolektif lambang perpaduan, pantang larang sebagai alat kawalan sosial, kepercayaan pada mimpi yang bermakna, budaya kepimpinan yang merepresentasi susun lapis masyarakat, nilai positif yang memperkukuh hubungan antara makhluk dan pelanggaran nilai sebagai pengajaran. Kesimpulannya, kearifan tempatan ini menjadi serangkaian maklumat, petunjuk, amalan, kepercayaan, sistem nilai dan ilmu yang diwariskan daripada generasi lama kepada generasi yang baharu sebagai suatu strategi dan identiti budaya dalam sistem kehidupan yang berperanan penting dalam memelihara identiti budaya serta menjadi sumber panduan hidup masyarakat setempat dalam meladeni perubahan zaman.

Downloads

Published

30-06-2026