HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA (1876)
PEMBENIHAN DARIPADA PERTEMBUNGAN TIMUR-BARAT
Abstract
HPN merupakan teks pascakolonial yang bersifat nasionalisme dan mengutamakan bangsa tetapi tidak bersifat antikolonial. Sikap dan prinsip kepengarangan Ahmad Shawal ini berkait erat dengan kedudukannya di sisi orang Inggeris yang menaunginya tanpa penindasan dan manipulasi. Pertembungan Timur-Barat berlaku secara harmonis, tidak mewujudkan dikotomi antara Timur dengan Barat. Oleh hal yang demikian, karya ini dapat diangkat sebagai karya intelektual yang besar pada zamannya dan menjadi ikon zaman pada era pemerintahan Inggeris di Sarawak.
