HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA (1876):

PERSOALAN GENRE DAN STRUKTUR

Authors

  • Abang Patdeli Abang Muhi

Abstract

Menurut A. Wahab Ali (2009), HPN ialah karya transisi antara cerita tradisi dan novelet. Bagi penulis, Hikayat Panglima Nikosa ialah sebuah karya sastera naratif atau novel yang pendek kerana dari segi takrif yang dimaksudkan dengan novel ialah “karangan yang panjang dalam bentuk prosa yang menggambarkan jalinan watak, peristiwa, jalan cerita dan lain-lain yang kompleks” (Kamus Dewan Perdana, 2020).


Bagi penulis, HPN ialah novel yang pendek ataupun novela bukannya cerpen yang panjang seperti yang dirumuskan oleh A. Wahab Ali (2009) dengan mengasaskan hujahnya pada ukuran purata Hashim Awang terhadap cerpen Melayu, iaitu 3,000 patah perkataan, kerana sesebuah cerpen daripada segi penulisannya tidak dibahagikan kepada bab-bab, sedangkan HPN dari aspek ektrinsiknya dibahagikan kepada bab-bab berserta subjudul.


Maka, berdasarkan pembahasan serta penghujahan terhadap HPN dengan tumpuan kepada persoalan genre dan struktur, penulis menyarankan agar HPN diangkat sebagai novela Melayu yang pertama.

Downloads

Published

30-06-2026