Hikayat Panglima Nikosa

Pemula Genre Novel di Malaysia?

Authors

  • HAMZAH HAMDANI

Abstract

Pada umumnya, kebanyakan pengkaji kesusasteraan Melayu bersetuju bahawa sejarah perkembangan novel Melayu bermula pada tahun 1920-an. Dua buah novel yang dianggap sebagai batu tanda kemunculan genre baru tersebut ialah Hikayat Faridah Hanum (1925-1926) karya Syed Sheikh al-Hadi dan Kawan Benar (1927) karya Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu (Safian, 1981: 111). Hikayat Faridah Hanum merupakan novel yang pertama dikenali oleh masyarakat Melayu, namun watak dan latarnya adalah masyarakat Arab di Mesir. Novel Kawan Benar merupakan karya asli Melayu kerana mengemukakan watak dan latar tempatan. Sebuah lagi novel dalam bahasa Melayu yang awal ialah Kecurian Lima Million Ringit (1922) karya Haji Muhammad bin Muhammad Said. Novel ini mengemukakan latar kota London dengan watak-watak yang terdiri daripada orang Barat (Syed Othman, 1993:17).

Downloads

Published

07-01-2024