ANALISIS WACANA HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA

PERSPEKTIF PENGHUBUNG AYAT DAN STRUKTUR TEMA

Authors

  • Sanat Md. Nasir

Abstract

Hikayat Panglima Nikosa (seterus HPN) akan didekati secara analisis wacana dengan perspektif penghubung ayat dan struktur tema. Kertas kerja ini akan menunjukkan bagaimana Penghubung Ayat dapat digunakan antara ayat untuk mencirikan penulisan HPN. Di samping itu, akan digambarkan juga penggunaan tema dalam usaha pengarang HPN mengolah fokus dalam setiap ayat. Untuk itu, akan dibincangkan kajian lampau, metodologi kajian, konsep kajian, dapatan kajian dan perbincangan dan kesimpulan.

Downloads

Published

30-06-2026