Hikayat Panglima Nikosa
Transformasi Sosial Dalam Magnum Opus Borneo: Teks Dan Konteks
Keywords:
Transformasi Sosial, Kepengarangan Melayu, Melayu Pesisir, PaseakolonialismeAbstract
Idea transformasi sosial bukanlah sesuatu yang baharu di Pulau Borneo-Kalimantan. Hal ini sudah diperkatakan sejak lebih 100 tahun lagi. Justeru, kajian ini akan menganalisis akar idea transformasi untuk membangunkan masyarakat berdasarkan teks dan konteks pengarang Melayu Sarawak yang dianggap terawal bukan sahaja di Borneo-Kalimantan malah di rantau Asia Tenggara. Kajian ini akan membuktikan bahawa idea transformasi sosial tidak harus dilihat dalam konteks kepartian yang sempit, malah perlu dilihat dari aspek kemajuan untuk membangunkan bangsa secara lebih luas perspektifnya sejajar dengan zeitgeist untuk memahami weltanschauung pengarang. Novel Hikayat Panglima Nikosa pertama yang diterbitkan pada 1876 oleh Ahmad Shawal bin Abdul Hamid dan novel Melati Sarawak oleh Muhammad Rakawi Yusuf yang merupakan narasumber dan naratif agung di rantau nusantara ini adalah contoh tentang idea transformasi serta aspek-aspek seperti pascakolonialisme yang berkaitan dalam teks dan konteks.