Hikayat Datu Marapati:

Cabaran Dalam Pentransliterasian Manuskrip

Authors

  • DAYANG FATIN AMIRA ABANG IBRAHIM

Keywords:

Hikayat Datu Marapati, Datuk Merpati, Marapati Jipang, transliterasi, Jawi, manuskrip Melayu, Melayu Sarawak

Abstract

Makalah ini akan memaparkan beberapa cabaran yang dihadapi semasa mentransliterasikan sebuah manuskrip lama berjudul Hikayat Datu Marapati. Dari segi terminologi linguistik, transliterasi merupakan suatu proses penukaran abjad dalam sesuatu aksara kepada abjad yang selaras bunyinya dalam sistem tulisan yang lain. Lazimnya, proses pentransliterasian memerlukan sekurang-kurangnya dua bahasa atau tulisan. Dalam konteks makalah ini, transliterasi merujuk kepada pengalihaksaraan aksara teks asal yang bertulisan jawi lama kepada aksara sasaran iaitu tulisan rumi. Manuskrip Hikayat Datu Marapati yang dikarang oleh Haji Mohamad Tahir bin Abdul Ghani pada tahun 1939 telah pun berusia lebih daripada 80 tahun. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dalam pentransliterasian manuskrip Hikayat Datu Marapati iaitu penggunaan bahasa Melayu klasik, penggunaan bahasa tempatan, penggunaan bahasa asing, tulisan yang kurang jelas atau tidak dapat dibaca.

Downloads

Published

01-01-2023