Hikayat Panglima Nikosa: Analisis Kesantunan Berbahasa Teori Lakuan Tuturan Leech (1983)

Authors

  • IRFAN NASRULLAH JAFLI

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meneliti aspek kesantunan berbahasa dalam novel sastera borneo terawal iaitu novel Hikayat Panglima Nikosa. Kajian ini meletakkan tiga objektif yang perlu dicapai di akhir penulisan ini iaitu, (i) mengenal pasti ayat atau ujaran dalam novel Hikayat Panglima Nikosa yang menepati maksim teori lakuan tuturan Leech (1983), (ii) menganalisis dan menghuraikan data-data yang diperoleh mengikut maksim dalam teori lakuan tuturan Leech (1983), dan (iii) merumuskan teori lakuan tuturan Leech dalam penulisan lengkap kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian secara kualitatif iaitu berdasarkan analisis teks iaitu novel kajian. Data-data yang diperoleh adalah berdasarkan ujaran yang terdapat dalam novel kajian. Analisis mendapati sebanyak 23 ujaran dikenal pasti berdasarkan Novel Hikayat Panglima Nikosa dan seterusnya dihuraikan dengan lebih terperinci satu per satu data yang diperoleh. Berdasarkan dapatan kajian, ia mendapati bahawa unsur kesantunan berbahasa yang menggunakan teori lakuan tuturan daripada Leech (1983) dikenal pasti dalam novel nusantara pertama ini juga menjelaskan bahawa masyarakat dahulu mementingkan kesantunan dalam berbahasa.

Downloads

Published

01-01-2024