Kepentingan Memulihara Tapak Warisan Bersejarah di Sungai Jaong dan Bongkissam, Sarawak

Authors

  • ZAFIRAH OTHMAN
  • NUR SYAFIQAH ASYIKIN HAZUKKI

Abstract

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Di Sarawak, penyelidikan arkeologi telah bermula semenjak lepas Perang Dunia Kedua dan ia telah diketuai oleh seorang kurator dan ahli antropologi dari Muzium Sarawak iaitu Tom Harrison (Harrison, 1959). Beliau telah menerokai Sarawak River Delta dan beberapa lagi tempat-tempat lain, seperti Gua Niah bersama isterinya Barbara Harrison. Tapak ini merupakan sebuah tapak penting di Sarawak yang jelas memperlihatkan hubungan sosioekonomi antara kerajaan-kerajaan awal Sarawak dengan dunia luar, seperti India dan China pada seawal abad ke-7 Masihi. Senario ini telah menyebabkan banyak penyelidik tempatan dan penyelidik dari luar negara yang datang ke Sarawak untuk melakukan penyelidikan. Pada abad ketujuh, Santubong muncul sebagai pusat perdagangan di Sarawak. Menurut buku teks Sejarah Tingkatan 2, terdapat penemuan barangan tembikar zaman Dinasti Tang dan Song di Santubong. Pelabuhan ini membekalkan kapur barus, kayu laka, lilin, lebah madu dan kulit penyu. Pada abad ke-13, muncul industri peleburan besi di Santubong. Hal ini telah menyebabkan banyaknya bijih besi yang telah dijumpai di kawasan Sungai Jaong dan Bongkissam. Penemuan ini penting untuk kita semua memulihara tapak bersejarah di kawasan kita dan perbincangan mengenainya akan dihuraikan dengan terperinci.

Downloads

Published

01-01-2024